Data · Pipeline ETL · Migrasi · Dashboard
Satu sumber kebenaran untuk bisnes anda
Kami susun, pindah dan paparkan data anda, supaya jualan, stok dan akaun tunjuk satu set angka yang semua orang percaya.
Untuk siapa
PKS yang jualan, stok dan akaunnya masih dalam fail Excel dan mesej WhatsApp.
Masalah yang kami selesaikan
01
Laporan ambil masa berhari-hari
Setiap bulan ada staf yang salin angka dari beberapa fail. Bila laporan siap, angkanya dah lapuk.
02
Dua fail, dua jumlah berbeza
Jualan tunjuk satu angka, akaun tunjuk angka lain. Mesyuarat habis bertekak angka mana yang betul.
03
Sistem lama, data terperangkap
Data anda ada dalam sistem lama atau spreadsheet bekas staf, dan tiada siapa berani sentuh.
Apa yang anda dapat
- Pipeline automatik yang kumpul data dari fail dan aplikasi anda setiap hari
- Satu database pusat yang kemas dan milik anda
- Dashboard yang pasukan anda buka dalam browser, sentiasa terkini
- Migrasi dari sistem lama, dengan bilangan rekod disemak sebelum dan selepas
- Dokumentasi dan serahan, supaya anda tak bergantung pada kami