Dikemas kini 7 Oktober 2026

Dasar privasi

TerasCloud mengendalikan terascloud.com. Halaman ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul melalui laman web ini dan apa yang kami buat dengannya.

Apa yang kami kumpul

  • Borang permintaan laporan. Jika anda minta laporan percuma selepas guna kalkulator kos, kami terima nama, syarikat, nombor WhatsApp, alamat emel (jika diberi) dan angka yang anda masukkan: bilangan staf, jam seminggu, purata gaji dan kerja yang anda tandakan.
  • Kalkulator sahaja. Jika anda guna kalkulator tanpa minta laporan, angka tersebut kekal dalam browser anda dan tidak dihantar kepada kami.
  • WhatsApp. Jika anda mesej kami, kami terima nombor anda dan apa yang anda hantar. WhatsApp mengendalikan mesej tersebut di bawah dasar privasinya sendiri.
  • Data teknikal. Penyedia hosting kami, Cloudflare, memproses alamat IP dan maklumat browser anda untuk menghantar dan melindungi laman ini. Font dimuatkan dari Google Fonts, jadi Google juga menerima alamat IP anda. Kami tidak guna cookie pengiklanan atau analitik.

Cara kami guna

Kami guna maklumat anda untuk sediakan dan hantar laporan yang anda minta, membalas pertanyaan anda, dan membuat susulan tentang servis yang berkaitan. Kami tidak menjual data anda atau memberinya kepada sesiapa untuk pemasaran mereka.

Di mana ia disimpan

Permintaan laporan disimpan dalam fail Google Sheets yang hanya kami boleh buka. Google dan Cloudflare memproses data tersebut bagi pihak kami, dan server mereka mungkin berada di luar Malaysia.

Berapa lama kami simpan

Kami simpan maklumat anda selagi kami berhubung tentang pertanyaan anda, dan sehingga 24 bulan selepas hubungan terakhir. Selepas itu kami padamkannya.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh minta untuk melihat data peribadi anda yang kami simpan, membetulkannya, menarik balik persetujuan untuk dihubungi, atau memadamkannya. Hubungi kami dan kami akan uruskan permintaan anda.

Hubungi

[MAKLUMAT HUBUNGAN]

Perubahan

Jika kami ubah dasar ini, kami akan kemas kini halaman ini dan tarikh di bahagian atas.

Percuma · 1 minit

Berapa kos kerja manual anda?

Kerja mana paling makan masa? (pilihan)

Keputusan anda akan muncul di sini.